Khamis, 21 Julai 2016

Iklan Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat (MARA) Ogos 2016

Iklan Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat (MARA) Ogos 2016
Jawatan Kosong Terkini Kerja Kosong Terkini Jobs 2016 Jawatan Kosong Terkini Ogos 2016 Kerja Kosong Badan Berkanun Terkini Jawatan Kosong Kerajaan 2016, Iklan Jawatan Terkini, Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya. Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar. MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ketua Setiausaha dan lapan orang anggota lain, dua daripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.


Ketua Eksekutif ialah Ketua Pengarah dan beliau dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua Pengarah. Bahagian-bahagian yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua Unit melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14 Pejabat MARA Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan,  dan pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga beroperasi di luar negara iaitu di UK (London), USA (Washington), Indonesia (Jakarta), German (Frankfurt), Australia (Sydney), Ireland (Dublin), Mesir (Iskandariah) dan Russia (Moscow).

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia dan anggota MARA yang sedang berkhidmat di dalam perkhidmatan tetap, kontrak ataupun sambilan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang dinyatakan di bawah ini:

Jawatan : Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
Klasifikasi Perkhidmatan : Ekonomi 
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana 
Gred : E29 
Jadual gaji : RM 1,493.00 (minima), RM 5,672.00 (maksima)

1. SYARAT LANTIKAN : 
1.1 Calon bagi Iantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
  • a.warganegara Malaysia;
  • b.berumurtidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 
  • c.i. sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [ gaji Permulaan ialah pada Gred E29 : RM1,493.00 ] atau
  • ii.sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    [ gaji Permulaan ialah pada Gred E29 : RM1,493.00 ] atau
  • iii.sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [ gaji Permulaan ialah pada Gred E29: RM1,493.00 ] atau
  • iv.diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ gaji Permulaan : RM1,770.95 ] atau

1.2 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred
C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat sijil Pelajaran Malaysia / sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
1.3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Ehwal Ekonomi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
a. i. mempunyai kelayakan di perenggan 1.1(C); atau
ii. lulus Peperiksaan Khas: dan
b. had umur pelantikan :
i. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh Iantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

2. CARA MEMOHON
  • 2.1 Permohonan hendaklah dibuat dengan secara online yang boleh dilayari melalui laman web MARA di vvwvv.mara.qovjnY.
  • 2.2 Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah melengkapkan borang elektronik di laman web MARA. Pemohon hendaklah membuat permohonan melalui Ketua jabatan masing-masing dan pastikan salinan sijil-sijil kelayakan yang disahkan dan lain-lain dokumen, Kenyataan Perkhidmatan serta Laporan Prestasi Tahunan terkini disertakan bersama.
  • 2.3 Bagi pemohon yang berkhidmat dengan MARA, Laporan Sulit Khas yang dimeteri oleh Pengawal Pusat masing-masing hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temuduga.
  • 2.4 Salinan sijil-sijil kelayakan yang disahkan dart lain-lain keterangan peribadi dan hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temuduga.
  • 2.5 Hanya permohonan yang dibuat melalui laman web MARA sahaja yang akan diterima. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi peraturan yang dinyatakan akan ditolak.
  • 2.6 Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 1 Oqos 2016.

3. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke
semasa.

4. CARA PELAKSANAAN
  • 4.1 Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Keutamaan adalah kepada pemegang diploma di dalam bidang ekonomi, Pertadbiran Perakaunan, Kewangan, Perbankan, Pelaburan, Perdagangan dan Perniagaan.
  • 4.2 Adalah ditegaskan bahawa pemohon-pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil temuduga.
  • 4.3 Pemohon juga perlulah lulus tapisan keselamatan dengan membuat pendaftaran dan permohonan secara individu menerusi laman web https://evettinq.cqso.qov.my (Bahagian Tapisan Keselamatan, pejabat Ketua Keselamatan Malaysia). Keputusan tapisan berkenaan hendaklah dibawa bersama ketika menghadiri temuduga.
  • 4.4 Calon-calon yang bersedia untuk ditempatkan berkhidmat di mana-mana Pusat Pentadbiran MARA sahaja akan dipertimbangkan untuk lantikan ke jawatan berkenaan.
  • 4.5Pemohon yang mempunyai kelayakan sijil / Diploma / ljazah dari lnstitusi Luar Negara dan lnstitusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah membuat semakan pengiktirafan kelayakan melalui laman web https://app.mohe.gov.my dan hendaklah mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa menghadiri temuduga nanti.
  • 4.6 Pemohon-pemohon yang berjaya dalam temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iktan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.


Tarikh tutup permohonan 1 Ogos 2016

Sila layari laman web Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk maklumat lanjut syarat kelayakan dan cara permohonan online disini.






Pencari Kerja