Khamis, 21 Julai 2016

Jawatan Kosong Majlis Daerah Ketereh (MDK) Ogos 2016

Jawatan Kosong Majlis Daerah Ketereh (MDK) Ogos 2016Jawatan Kosong Terkini Kerja Kosong Terkini Jobs 2016 Jawatan Kosong Terkini Ogos 2016 Kerja Kosong Badan Berkanun Terkini Jawatan Kosong Kerajaan 2016, Iklan Jawatan Terkini, Majlis Daerah Ketereh (MDK) ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Januari 1979 bersamaan 2 Safar 1399H dengan nama Majlis Daerah Kota Bharu (MDKB) hasil gabungan tiga buah Majlis Tempatan dibawah penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Kelantan dibawah Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan.Tiga Majlis Tempatan yang terlibat adalah Majlis Tempatan Pangkal Kalong, Majlis Tempatan Kadok dan Majlis tempatan Peringat. Nama Majlis Daerah Kota Bharu ditukar kepada Majlis Daerah Ketereh pada 31 Januari 2006 bersamaan 1 Muharam 1427H. Pada tanggal 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432H, Majlis Daerah Ketereh telah diisytiharkan sebagai Perbandaran Islam dan telah dikenali sebagai Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI).


Sempadan Kawasan MDKPI
Kedudukan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam adalah bersempadan dengan Majlis-Majlis Daerah lain sebagaimana berikut: -
  1. Di Utara - bersempadanan dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (Kg. Tunjong).
  2. Di Selatan - bersempadanan dengan Majlis Daerah Machang (Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas).
  3. Di Timur - bersempadanan dengan Majlis Daerah Bachok (Kedai Pauh Lima).
  4. Di Barat - bersempadanan dengan Majlis Daerah Pasir Mas (Jambatan Pasir Mas).


Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

Permohonan  adalah  dipelawa  daripada Rakyat  Negeri  Kelantan  Darul  Naim  yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk  mengisi  kekosongan jawatan  berikut  di  MAJLIS  DAERAH  KETEREH  PERBANDARAN ISLAM, 16450 KOTA BHARU, KELANTAN.

A. 1.

  • (a) Jawatan  : PEMBANTU TADBIR (P/O)
  • (b) No. Fail  : MDK/10/21/Jld. V ( 02 )
  • (c) Kumpulan Perkhidmatan  : Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan 
  • (d) Taraf Jawatan  : Tetap 
  • (e) Gred Gaji  : N19
  • (f) Jadual Gaji  : Gaji Minimum   : RM 1,352.00
    Gaji Maksimum: RM 4,003.00
    Kenaikan Gaji   : RM  100.00
    Tahunan 

2. SYARAT LANTIKAN 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Warganegara malaysia
b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;atau
ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada  peringkat  Sijil  Pelajaran  Malaysia  atau  kelulusan  yang  diiktiraf setaraf dengan nya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas)

B. CARA MEMOHON
(a) Permohonan  hendaklah  menggunakan  Borang  Permohonan  Jawatan  di dalam  Perkhidmatan  Majlis  Daerah  Ketereh  Perbandaran  Islam  yang boleh diperolehi dengan bayaran RM3.00 : i) di Kaunter Bahagian Perbendaharaan, Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran  Islam,  KM  19  Jalan  Kuala  Krai,  16450  Kota  Bharu, Kelantan.
ii)    Muat  - turun  melalui  laman  web Majlis  Daerah  Ketereh  Perbandaran Islam  www.mdketereh.gov.my (  hanya  borang  yang  dilampirkan beserta resit bayaran / cetakan resit bayaran / Wang Pos RM3.00 atas nama Majlis Daerah Ketereh sahaja  yang  akan diproses ).  Bayaran secara online boleh dibuat melalui Perbankan Elektronik kepada Majlis Daerah  Ketereh melalui  RHB  No.  25302500001325  dan  Bank  Islam No. 03120010000711. ( Sila kembarkan butir – butir pembayaran )
iii) Borang juga boleh didapati dengan menghantar sampul surat 20cm x 23cm bersetem, wang pos RM3.00 atas nama Majlis Daerah Ketereh dan beralamat sendiri.
(b) Sila  nyatakan  nama  jawatan  yang  dipohon  di  kiri  sebelah  atas  sampul berkenaan  berserta  dengan  resit  semasa  mengembalikan  borang permohonan.
(c) Semua  permohonan  hendaklah  disertakan  dengan  salinan  sijil  yang diakui  sah  oleh  pegawai  Kumpulan  Pengurusan  / Profesional  serta sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan dokumen- dokumen lain sebagai sokongan.
(d) Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah  mengikut  Peraturan  17.  Peraturan-Peraturan  Pegawai  Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005).
(e) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM
KM 19, JALAN KUALA KRAI
16450 KOTA BHARU
KELANTAN
(f) Hanya  calon  yang  layak  selepas  tapisan  sahaja  akan  dipanggil  untuk temuduga.
(g)  Segala  perbelanjaan  kerana  menghadiri  temuduga  adalah  tanggung jawab calon sendiri.
(h)  Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari  tarikh  iklan  ditutup  hendaklah  mengganggap  permohonan  tidak berjaya.

C. TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN KOSONG  : 14 OGOS 2016 ( AHAD )

Tarikh Tutup Permohonan: - 14 Ogos 2016

Sila layari laman web Majlis Daerah Ketereh (MDK) untuk maklumat lanjut syarat kelayakan dan cara permohonan online disini.

Pencari Kerja